Kejayaan Oleh Bapa Pemodenan - Melayu Boleh
04/19/2009 (Kejayaan Orang Melayu)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad , dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai “Dr. M” dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia dan Melayu boleh.
Dr. Mahathir dilahirkan di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 20 Disember 1925. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar berketurunan separuh India (anak kepada seorang Malayalee yang berhijrah ke Malaysia dari Kerala, India) sementara ibunya seorang Melayu bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi.[1] Dalam autobiografinya, Dr. Mahathir mengaku bahawa beliau mempunyai keturunan orang India yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India (di mana tempat asal orang Malayalee), manakala ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulen.
Nama datuk beliau, “Iskandar” turut diabadikan pada sebuah sekolah rendah di bandar Alor Setar, Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar. Manakala ayahnya pula adalah guru bahasa Inggeris dan juga Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Di sekolah tersebut, bapa beliau dipanggil sebagai “Master” atau “Mohamad Iskandar”.
Ibunya mempunyai kaitan keturunan dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama ‘Terusan Wan Mohamad Saman’ atau Sungai Korok.
Beliau mempunyai 9 adik-beradik, iaitu empat perempuan dan lima lelaki, yang mana Dr. Mahathir merupakan anak bongsu. Empat dari mereka (dua lelaki dan dua perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohammad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.
Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak beliau ialah :
* Marina Mahathir
* Mirzan Mahathir
* Melinda Mahathir
* Mokhzani Mahathir
* Mukhriz Mahathir
* Maizura
* Mazhar
* Daniel Fariezs
Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Star yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga sekarang.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”, negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.







04/19/2009 at 1:01 am
I’m proud of Dr Mahathir,his the best person and good leader in this century for Malaysia.
04/21/2009 at 4:03 am
Greatings, Where are you from? Is it a secret?
GlenStef
05/23/2009 at 12:09 am
thanks !! very helpful post!
06/04/2009 at 2:00 pm
andalah idola kami
06/05/2009 at 3:40 pm
syabas diatas kejayaanmu,semoga malaysia bertambah baik ditangan pemimpin yang seterusnya.AMIN
06/15/2009 at 2:23 pm
The article is ver good. Write please more
06/24/2009 at 3:15 pm
Bgus..
07/08/2009 at 2:27 pm
Engkau adalah legenda pemodenan negara masa kini…Thanks Malaysia
I’m proud to be a malaysian…Bha do’ tonge ke le’.
07/08/2009 at 2:28 pm
Malaysia boleh…
08/09/2009 at 8:35 pm
bangga dgan Dr.M….mtk2 PM strusnya dapat mencontohi cara beliau
11/20/2009 at 3:06 pm
Assalamualaikum semua. tidak dinafikan akan pencapaian beliau sehingga kini. sebelum anda berbangga dengan beliau….cuba kita selarikan usaha beliau didalam sistem pemerintahan islam, betul2 kah beliau mengikut ajaran yang diterapkan oleh Nabi iaitu sistem pemerintahan Khilafah?
AWAS!
ANDA SEMUA HIDUP DIDALAM SISTEM SEKULAR OLEH KAFIR LAKNAT.
KAJI SIAPA SEBENARNYA MUSTAFA KAMAL ATATURK KONONNYA DIGELAR BAPA PEMODENAN DI TURKI SEPERTI DALAM BUKU SEJARAH KAUORANG MASA SEKOLAH DULU (KITA SEMUA DITIPU) TAPI SEBENARNYA YAHUDI LAKNAT ITULAH YANG MENJATUHKAN SISTEM KHILAFAH DAN MENGGANTIKAN DENGAN SISTEM SEKULAR SEKARANG!
INILAH HASILNYA PM-PM ZAMAN SEKULAR!
petikan yang PM yang lepas2:
1.’Hukum rejam kepada penzina adalah primitif’ -kuno
(Tun Dr.Mahathir Mohammad 3/3/1994)
2.’Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri,nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja’.
(Tun Dr.Mahathir:14/7/1992)
3.’Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada kaki dan tangan.Bagaiman mereka mahu bersaing dengan bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup.Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan dinegara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.
(Tun Dr.Mahathir:2/5/1992)
4.’Saya akan memastikan bahawa negeri2 yang diperintah BN tidak akan melaksanakan Hudud’.
(Tun Dr.Mahathir:1994)
5.’Sukar dilaksanakan Hukum Syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus-peratus Islam
(Tun Dr.Mahathir:4/8/1994)
6.’Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq’.
(Tun Dr.Mahathir:3Mac 1994,Nilam Puri)
7.’Apa ertinya negara Islam jika mundur’.
(Tun Abdullah Ahmad Badawi:13/11/1999)
8.’Tujuan menutup aurat ialah kerana dizaman Nabi,Arab jahiliyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga menculik dan merogol wanita daripada kabilah2 lain akibatnya peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat’.
(Tun Dr.mahathir:5 sep 1997,Perhimpunan Agung UMNO)
9.Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah,hukum2 yang boleh melemahkan ummat islam mesti dilaksanakan?’.
(Tun Dr.Mahathir:3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab,Nilam Puri,Kelantan)
10.’Melaksanakan hukum Hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam’.
(Tun Dr.Mahathir:14 Ogos 1994 di Pasir Mas,Kelantan)
11.’Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan’.
(Dato Seri Najib Tun Abdul Razak:20/4/1993)
AWAS:
Melaksanakan undang-undang Islam, antaranya hudud adalah sesuatu yang wajib. Kewajipannya telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.
“Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”(Surah Al-Maidah : 44)
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”(Surah Al-Maidah : 45)
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik”(Surah Al-Maidah : 47)
MAHUKAH ANDA MATI DALAM SISTEM KUFUR INI? MASYAALLAH!!!!
12/10/2009 at 3:43 pm
saya amat menghormati tun.. saya berharap dapat diberi salasilah keturunan tun dan asal usul keturunan tun untuk dicontohi..